Assalamualaikum dan selamat
tengahari.
Alhamdulilla hari ni hari ke-4
kita berpuasa. Syukur sangat sangat sebab masih diberi peluang untuk bertemu
bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Rasa macam kejap je masa berlalu. Rasa
macam baru je kahwin (*perasan pengantin baru).. HAHAHA~😂
Hurm..bila dh kahwin ni kan,
dalam kepala tak ada dah fikir benda
lain , fie fikir nak anak je.korang macm tu jugak ke??kalau ye kita geng!!🙋
Bila tengok orang bunting pelamin
alahai beruntungnya. Dalam hati kadang2 terdetik alangkah bahagianya kalau fie
pon macam tu jugak. Tapi perancangan ALLAH lagi hebat. Mungkin belom masanya
lagi untuk fie dan en comi jadi parents. Tahun ni tahun fie TTC (Try To Conceive)
bersungguh-sungguh. Now almost 5months selepas keguguran (maybe) pada tahun DEC
2016. Nak tahu kenapa maybe?? Nanti next entry fie citakan kisah sedeh ni.
Kalau dikira dah 2 kali macam ni.
Peggy or miscarriage?? huwaaaaa~ im don’t know. Kalau boleh nak menjerit je
kuat-kuat biar lega. Hanya Tuhan je yang tahu betapa stressnya fie. Fie tak
tahu ape masalah dalaman fie sebanarnya. Dah macam macam cara dah cuba, tapi
fie redha, fie percaya one day fie akan dapat berita gembira itu.
Hari ni fie nak share sikitla
tanda-tanda awal kehamilan. Kot-kot boleh jadi panduan untuk awak semua. Fie google
dan study, yela bila tengah TTC ni segala ilmu perlu ada kalau tak celaru nanti
taw!
Tapi ni hanya tanda-tanda yang
selalu orang alami, but depends jugak some people tak alami pon tanda ni still
juga preggy. Ada yang alami tapi tak dapat detect pon ada.
Korang baca la yep~
Kalau baca then betul uolss
tengah alami symptoms ni jangan la plak senyum sorang sorang, kan orang Nampak dicakap
kita senget plak..hahaha~
18
Petanda Awal Kehamilan
DOA BANYAK BANYAK
1. Kekejangan
Ramai wanita berfikir bahawa kekejangan adalah tanda bahawa haid anda bakal tiba tetapi ia sebenarnya salah satu tanda awal kehamilan. Sewaktu embrio sedang mengimplan ke dalam rahim anda, anda mungkin terasa kekejangan. Ia dengan mudah boleh disalah anggap sebagai PMS atau senggugut

2. Payudara rasa sengal atau
nyeri
Sesetengah wanita mendapati payudara apabila mereka rasa sengal apabila mereka sedang berovulasi dan sewaktu haid. Payudara yang sengal juga merupakan tanda awal kehamilan. Apabila anda hamil, badan anda menghasilkan tahap estrogen dan progesteron yang lebih tinggi. Hormon-hormon ini adalah hormon yang sama yang menyebabkan payudara sengal walaupun anda tidak hamil, tetapi di awal kehamilan, perubahan hormon adalah lebih kuat berbanding semasa haid. Perubahan hormon pada awal kehamilan menyebabkan aliran darah ke payudara anda meningkat dan boleh membuat payudara berasa lebih sensitif dan bengkak.

3. Keletihan
Pernah tertidur semasa cerita
kegemaran sedang bersiaran? Atau secara tiba-tiba terasa nak sangat tidur
sekejap waktu petang? Haaa.. Keletihan adalah salah satu daripada petanda
kehamilan! Tahap progesteron yang meningkat boleh membuat anda merasa letih.
Sesetengah wanita akan terasa letih seawal seminggu selepas ovulasi. Selepas
ovulasi tahap progesteron anda tetap meningkat tidak kira sama ada anda hamil
atau tidak, tetapi jika anda tidak hamil tahap progesteron anda akan jatuh
kembali dan memberi isyarat bahawa kitaran haid yang seterusnya akan bermula.
Jika anda mula berasa letih selepas ovulasi dan keletihan ini menjadi lebih
teruk, ia boleh menjadi tanda awal kehamilan.
4. Loya
Loya boleh menjadi tanda-tanda awal kehamilan. Sesetengah wanita akan mula berasa mual beberapa hari sebelum tarikh sepatutnya datang haid. Tetapi kebanyakan wanita tidak berasa loya sehinggalah kira-kira pada minggu ke-enam kehamilan walaupun ada sesetengah yang berasa mual lebih awal.
5. Kembung
Kembung adalah satu lagi tanda-tanda awal kehamilan. Ia mungkin sukar untuk membezakan antara kembung premenstrual dan kembung mengandung kerana PMS dan gejala kehamilan amat serupa. Walau bagaimanapun, gejala kehamilan adalah sering lebih teruk daripada PMS biasa. Kembung, seperti tanda-tanda lain di awal kehamilan adalah disebabkan oleh perubahan hormon. Apabila progesteron dan tahap estrogen meningkat, lapisan rahim menebal membuat anda berasa lebih kembung. Perubahan hormon juga menyebabkan sistem pencernaan anda bergerak lebih lambat dan ini boleh menyebabkan kembung juga.
6. Sembelit atau cirit-birit
Perubahan hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan sistem pencernaan anda menjadi lambat dan boleh menyebabkan sembelit. Vitamin prenatal boleh memburukkan keadaan ini kerana zat besi yang terkandung di dalamnya juga menyebabkan sembelit. Untuk merawat masalah ini anda perlu tingkatkan pengambilan fiber dan minum lebih banyak air. Walaubagaimanapun, ada pula sesetengah wanita mengalami masalah cirit-birit.

7. Sakit
Kepala
Bukan
semua wanita mempunyai masalah sakit kepala semasa mengandung, tetapi bagi
sesetengah ini adalah petanda kehamilan. Sakit kepala semasa awal kehamilan
dianggap disebabkan oleh perubahan hormon serta perubahan dalam jumlah darah
wanita. Peningkatan mendadak dalam estrogen dan progesteron mungkin mencetuskan
sakit kepala bagi sesetengah wanita. Sakit kepala migrain, yang merupakan
sejenis sakit kepala vaskular, mungkin hasil daripada peningkatan aliran darah
seorang wanita semasa mengandung.
8. Sakit belakang
8. Sakit belakang
Kekejangan sewaktu implantasi,
kembung dan sembelit semua boleh menyebabkan sakit belakang semasa awal
kehamilan. Bagi sesetengah wanita sakit belakang juga merupakan gejala prahaid.
Rahim yang mengembang dan mengecut boleh menyebabkan kekejangan, lenguh-lenguh
dan sakit-sakit. Posisi tidur yang tidak betul juga boleh menyumbang kepada
sakit belakang semasa awal kehamilan.
9.
Tompokan darah
Sesetengah
wanita berfikir bahawa tompokan darah sewaktu implantasi adalah petanda biasa
awal kehamilan, tetapi sebenarnya hanya kira-kira 20-25 peratus wanita akan ada
beberapa jenis pendarahan semasa mengandung. Tompokan darah semasa implantasi
boleh menjadi tanda awal kehamilan. Biasanya, pendarahan implantasi adalah
ringan dan berwarna coklat atau merah jambu. Tompokan darah ini selalunya
terjadi 7-9 hari selepas ovulasi (jika anda tahu waktu ovulasi).
10. Peningkatan suhu badan
Untuk
mengetahui sama ada suhu badan anda telah meningkat, anda perlu membuat catatan
suhu badan sebelum ovulasi. Wanita yang menyimpan carta BBT mungkin dapat
mengagak dia hamil hanya dengan melihat pada suhu pada carta itu. Selepas
ovulasi, progesteron menyebabkan suhu wanita meningkat. Kadang-kadang seorang
wanita akan melihat peningkatan suhu kali kedua selepas 7 hari berovulasi.
Apabila ini berlaku, ia dipanggil carta triphasic. Carta triphasic boleh
menjadi salah satu petunjuk tanda-tanda awal kehamilan.
11.
Areolas (puting payudara) lebih gelap
Apabila
anda melihat di cermin anda mungkin perasan bahawa areolas anda sudah bertukar
menjadi warna yang lebih gelap. Selalu perubahan tidaklah begitu ketara di
peringkat awal kehamilan tetapi bagi sesetengah wanita, warna areolas yang
lebih gelap boleh dilihat tidak lama selepas konsepsi.
12. Keputihan
Keputihan
seseorang wanita boleh menjadi penanda arah dimana dia didalam kitaran haid
beliau dan sama ada dia telah mengandung atau tidak. Biasanya, lendir serviks
akan meningkat di sekitar ovulasi. Selepas ovulasi, lendir akan kering sehingga
habis kitaran haid pada bulan tersebut.
Apabila
seorang wanita mengandung, paras estrogen yang meningkat menyebabkan lebih
banyak lendir serviks dikeluarkan. Peningkatan dalam lendir serviks ini juga boleh
menjadi tanda awal kehamilan. Sesetengah wanita menggambarkan lendir serviks di
awal kehamilan mereka sebagai berkrim seperti losyen atau berwarna
kekuning-kuningan. Walau bagaimanapun, estrogen yang normal biasanya
berubah-ubah yang tiada kena mengena dengan kehamilan juga boleh menyebabkan
keputihan jadi ini bukanlah petunjuk terbaik kehamilan.
13. Perubahan mood
Umumnya
memang diketahui kebanyakan wanita akan berubah menjadi 'moody' sebelum haid
bermula. Perubahan mood semasa kehamilan adalah lebih kurang tetapi lebih
kepada menangis berbanding marah-marah; walaupun mungkin ada yang tidak
bersetuju. Jika anda rasa terlebih beremosi dan kerap menangis ini mungkin
petanda awal kehamilan.
14. Kerap
ke bilik air
Kerap
membuang air kecil adalah aduan terbesar di kalangan wanita hamil. Sesetengah
wanita tidak mempunyai masalah dengan ini sehinggalah di akhir kehamilan,
tetapi bagi kebanyakan wanita, kekerapan ke tandas adalah satu masalah. Jumlah
darah anda yang meningkat secara mendadak semasa mengandung menyebabkan buah
pinggang anda bekerja lebih keras untuk memproses cecair yang bertambah
tersebut dan menyebabkan anda perlu ke bilik air dengan lebih kerap. Di
samping itu, rahim anda yang berkembang dan berkembang memberi tekanan ke atas
pundi kencing anda juga menyebabkan anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
15. Deria
bau lebih tajam
Adakah
anda perasan bau sampah walaupun ia jauh dari anda? atau tidak tahan dengan bau
ayam yang digoreng? Ini adalah satu perkara yang wanita mungkin perasan sebelum
mereka menyedari bahawa mereka sedang hamil. Kami tidak pasti apa yang
menyebabkan gejala ini tetapi ia mungkin mempunyai kaitan dengan peningkatan
tahap estrogen.
16.
Mengelak(tidak suka) sesuatu makanan
Wanita
hamil dan mengidam memang tidak dapat dipisahkan. Mengidam adalah gejalan
mengandung yang diketahui umum, tetapi tidak semestinya salah satu petanda di
awal kehamilan. Mengidam sebelum haid biasanya ialah salah satu dari simptom
PMS. Wanita sering mengidamkan coklat atau gula-gula sebelum haid bermula.
Mengelak makanan tertentu, biasanya bukanlah simptom PMS. Jika makanan tertentu
tiba-tiba terasa agak pelik atau minuman pagi anda tidak lagi rasa menarik, ini
boleh menjadi tanda-tanda awal kehamilan.
17.
Dahaga melampau
Adakah
anda rasa dahaga? Rasa dahaga bukanlah salah satu daripada petanda hamil yang
anda biasa dengar tetapi ia adalah sesuatu ramai wanita yang perlu hadapi
semasa mengandung. Mereka mungkin tidak sedar bahawa ia adalah satu petanda
awal. Di awal kehamilan jumlah darah anda meningkat. Ini boleh menyebabkan anda
kerap membuang air kecil tetapi ia juga boleh membuat anda berasa dahaga.
18. Apa
yang perlu dilakukan?
Jika anda
sedang atau telah mengalami simptom-simptom awal kehamilan tetapi haid anda
masih belum terlewat, anda mungkin tertanya-tanya bilakah waktu yang sesuai
untuk membuat ujian kehamilan.
Tanda-tanda
awal, tidak kira berapa banyak dan bagaimana kuat pun mereka, tidak semestinya
bermakna bahawa anda akan mendapat hasil yang positif - walaupun anda hamil.
Ujian kehamilan di pasaran hari ini adalah sangat sensitif, tetapi lebih baik
untuk menunggu sehingga haid anda lewat sebelum membuat ujian, tetapi jika anda
teringin sangat untuk membuat ujian anda mungkin boleh mendapatkan keputusan
positif seawal 4 hingga 5 hari sebelum haid, bergantung kepada apa ujian yang
anda ambil.
selain buat amalan jangan lupa untuk mencuba
SET KESUBURAN SHAKLEE
amal secara kosistant insyALLAH awak subur.
sekian coretan mekfie~
semoga awak sume suka baca~
peace!
NAK ORDER SHAKLEE
WHATSUPP 0187944479