Penyakit
radang pelvis terjadi akibat jangkitan oleh bakteria 'chlamydia
trachomatis' melalui jangkitan kontak seksual. Sesetengah jangkitan ini
adalah disebabkan oleh jangkitan semasa hubungan kelamin. Antara
bakteria yang menjadi menyebab adalah Chlamydia trachomatis (Hyperlink).
Ia boleh memberi radangan kepada saluran Fallopian (salpingitis). Ini
menyebabkan selaput tiub bengkak dan menyempitkan saluran tersebut.
Embrio yang terhasil dari pesenyawaan akan tersumbat di tiub menyebabkan
mengandung di luar rahim dan kemandulan.
Kalau
rawatan tidak diberi, saluran tuib akan bengkak dan menghasilkan nanah.
Nanah ini akan mengotori kawasan sekitar tiub dan ovari menyebabkan
permukaan luar tiub melekat dengan organ-organ sekitarnya (seperti pundi
air kencing dan usus).
Adalah
dianggarkan 2% dari wanita akan mengalami PID tetapi ini mungkin satu
anggaran yang kurang tepat kerana kebanyakkan wanita tidak mahu
mendapatkan rawatan. Penyakit ini juga sukar dikesan kerana ia tidak
menunjukkan gejala bagi kebanyakan pesakit.
Tanda dan Gejala
Gejala
awal adalah gatal, iritasi dan lendiran yang berlebihan dari faraj dan
salur air kencing. Ia berlaku diantara 7 hingga 21 hari (untuk infeksi
chlamydia), dan 2 hingga 5 hari (untuk gonorrhoea). Agak biasa,
kebanyakkan wanita akan mendapat lendiran dari faraj yang tidak
berkaitan dengan penyakit kelamin tetapi jikalau lendiran ini berbau
busuk dan gatal, lebih-lebih lagi beberapa hari selepas seks, PID patut
disyaki.
Penyakit
radang pelvis menunjukkan sakit abdomen (perut) yang berterusan, sakit
semasa ditekan dan demam sekali sekala. Sebagai tambahan, terasa kurang
selesa atau juga sakit semasa mengadakan hubungan seksual. Kesan lain
bakteria ini ialah barah di bibir, pada pintu masuk vagina.
Jika jangkitan membabitkan lapisan rahim (endonetrium) mungkin terjadi pendarahan vagina di antara waktu haid.
Sebab-Sebab
Sekurang-kurangnya
60% kes PID adalah dari penyakit kelamin. Bakteria Chlamydia
trachomatis terlibat dalam lebih dari 50% kes-kes PID sementara infeksi
Gonococcal (disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae) adalah yang
paling kerap dijumpai di Malaysia. Lebih kurang 10% wanita dijangkiti
kedua-dua bakteria sekali. Chlamydia trachomatis adalah jangkitan kuman
yang paling kerap didapati di negara-negara barat lebih daripada 80%
wanita yang dijangkiti tidak sedar mereka dijangkiti kerana hanya
sesetengah pesakit menunjukkan gejala penyakit. Ini menyebabkan bakteria
chlamydia merebak.
PID juga boleh didapati dari jangkitan usus yang bengkak tetapi ini jarang berlaku.
Diagnosa
PID
boleh didiagnosa dengan simptom dan pemeriksaan ginekologi. Pesakit
akan mengalami demam dan swab kapas dari pangkal rahim dan faraj boleh
menunjukkan kuman penyebab. Satu cara yang pasti untuk mendiagnosa PID
adalah melalui pembedahan laparoskop (teropong ke dalam perut).
Komplikasi
Komplikasi
utama PID adalah mengandung luar rahim dan kemandulan. Dalam kes-kes
yang tegar, pembedahan perlu dilakukan untuk mengurangkan lekatan
(radang itu boleh menyebabkan permukaan organ-organ di pelvis melekat
antara satu sama lain).
Kandungan
luar rahim amat berbahaya dan boleh membawa maut disebabkan pendarahan
yang banyak di dalam perut. Ini berlaku apabila tiub fallopian pecah.
Rawatan
Bakteria
Chlamydia dan Gonorrhea boleh dibunuh dengan antibiotik yang sensitif
kepada kuman tersebut. Tetapi kerosakkan kepada tiub dan organ-organ
lain sukar untuk dirawat.
Pasangan
pesakit mesti dirawat sekali untuk menghindari jangkitan itu berulang.
Ini penting memandangkan selalunya PID tidak menunjukkan apa-apa
gejala.
Bagi
wanita yang berisiko tinggi seperti yang menggunakan alat mencegah
kehamilan (IUCD), mereka digalakkan mengantinya dengan alternatif lain
sementara mendapat rawatan.
Pencegahan
Kondom
adalah efektif dalam mengurangkan PID. Pesakit perlu menghubungi
pasangan (atau pasangan-pasangan) yang mereka rasa boleh dijangkiti
penyakit yang sama.
Shanklee Natural
and Organic supplement Online
ID : 890405
Wspp/Wechat/SmS : 018 7944479 [fie]
ID : 890405
Wspp/Wechat/SmS : 018 7944479 [fie]
Call : 019 4427459
[ fie]
Email :
norhafira_90@yahoo.com
FB :
fiebeutyskincare
https://www.facebook.com/fiera.vitac?ref=tn_tnmn
"Sharing is
Caring" '',
No comments:
Post a Comment