Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.
Perkataan
mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat
gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap
kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah
dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan
kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada
tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering
membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan
membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut
mengidap kencing manis.
Walaupun
penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing
manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G.
Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan
glokos dalam darah.
Insulin
Insulin
merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas
yang dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Insulin
bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak membenarkan glukos
dalam darah menembusi dinding sel.
Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-
- Sering dahaga dan sering perlu minum air.
- Sering ketandas.
- Terasa badan lemah.
- Berat badan turun dengan cepat
- Penglihatan semakin kabur.
- Terasa pening kepala.
- Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.
Golongan Berisiko Tinggi
Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-- Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
- Mereka yang berat badan agak tinggi
- Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
- Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
- Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.
Mengesan Kencing Manis
Kencing
Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian
darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah
dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya
tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan
mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian
puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum
semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.
Mengelak Kencing Manis
Perubahan cara hidup
Perubahan
cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang
mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance -
IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG).
Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis
tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.
Selain
itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk
turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing
manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -
Pemakanan
Ramai
berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja.
Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna
makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya.
Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula,
bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini
adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan.
Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas.
Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan
doktor.
Senaman
Senaman
juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan
dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu
menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu
mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan
kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian
mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman
seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh
mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.
Penjagaan Berat Badan
Telah
dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal
taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan.
Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat
kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.
Pemeriksaan Diri Sendiri
Seseorang
itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka
iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas
pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang
dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan
kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.
Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan
Ujian
berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu
mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap
kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka.
Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu
mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu
rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70%
kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu
mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi
jangkitan sebanyak 45% - 85%.
Pengambilan Ubat
Pengambilan
ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di
Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan
mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin
lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan
metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan
kencing manis.
No comments:
Post a Comment