Apa perasaan anda tatkala disahkan hamil?
Sebaik disahkan hamil, kebiasaannya anda akan diselubungi 1001 persoalan tentang suka duka kehamilan. Bersama Dr.Mohamad Rafi dari Hospital UMRA, Shah Alam untuk mendapatkan jawapannya.
Mama:
Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekali gus menyukarkan kelahiran?
Dr. Rafi:
Tidak
sesekali. Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap
darah merah ibu bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang
darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh
berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada
baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes.
Mama:
Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap hB tetap rendah?
Dr. Rafi:
Biasanya
kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin, doktor akan memasukkan
darah. Ini terpaksa dilakukan jika tahap hB tetap rendah walaupun sudah
ambil supplemen dan makanan yang boleh menambahkan darah.
Mama:
Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?
Dr. Rafi:
Boleh sekiranya ibu hanya pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali caesarean, memang tidak dibenarkan langsung. Kebanyakan kelahiran normal berjaya selepas caesarean berjaya bergantung kepada sebab ibu perlu melalui kelahiran caesarean sebelum
ini. Mungkin tulang punggung sempit, peluang untuk bayi keluar susah.
Jika uri bawah atau masalah songsang boleh berjaya tetapi ada risiko
tertentu. Kalau mahu cuba bersalin normal, perlu diketahui dalam 200
wanita, seorang daripada berisiko mengalami pecah rahim.
Mama:
Apakah teknik meneran yang betul?
Dr. Rafi:
Cara
setiap wanita meneran adalah berbeza. Apa yang paling, ibu perlu
meneran seperti hendak membuang air besar. Ramai yang meneran sehingga
muka merah. Apatah lagi kalau menjerit. Ibu tidak boleh meneran. Itu
salah! Setiap kali meneran, kepala perlu menunduk sedikit. Tarik nafas
dan tahan nafas seperti hendak membuang air besar.
Mama:
Benarkah banyak berjalan sebelum melahirkan akan memudahkan proses bersalin?
Dr. Rafi:
Ya
dan tidak. Banyak berjalan sebenarnya dapat merangsang otot menjadi
lebih kuat. Jika hanya berbaring tanpa melakukan aktiviti fizikal, ia
menyukarkan proses kelahiran kerana otot lemah. Selain berjalan,
aktiviti fizikal yang biasa dilakukan setiap hari sudah memadai. Yang
penting, jangan melakukan aktiviti yang boleh mencederakan diri sendiri.
Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui kontraksi yang sebenar?
Dr. Rafi:
Kontraksi
biasanya sakit dan akan bertambah kekerapannya. Manakala kontraksi
palsu tidak sakit dan kekerapannya sama atau stabil. Doktor dapat
mengesan kontraksi dengan menggunakan mesin CTG atau melalui ujian
faraj. Jika ibu sakit dan tidak senang hati, lebih selamat jumpa doktor
daripada buat keputusan sendiri.
Mama:
Bolehkah demam panas yang dialami ibu memberi kesan kepada bayi yang dikandung?
Dr. Rafi:
Jika demam terlalu panas, adakalanya boleh menjejaskan bayi tetapi biasanya tidak memberi masalah besar.
Mama:
Bagaimana
caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam,
batuk, selesema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak
menjejaskan bayi?
Dr. Rafi:
Kebanyakan
ubat selamat (99 %). Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat, ia lebih
memudaratkan daripada makan ubat untuk meredakan demam. Demikian juga
halnya dengan ubat batuk dan selesema. Malah, kebanyakan antibiotik
selamat. Hanya ada sebilangan kecil sahaja tidak boleh dimakan oleh ibu
hamil.
Mama:
Sewaktu
hamil, terasa sakit di bahagian tertentu tetapi apabila berjumpa doktor
pakar, beliau mengatakan tiada apa-apa. Apa cara untuk mengetahui
kesakitan yang dialami serius atau sebaliknya?
Dr. Rafi:
Kebanyakan
doktor hanya risau dengan sakit yang diadu ibu akibat kontraksi pra
matang dan kencing kotor. Kedua-duanya adalah sakit yang paling kerap
ditemui. Selebihnya ialah sakit yang disebabkan oleh batu karang,
apendiks dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ada juga
yang mengadu sakit belakang. Ini disebabkan oleh tulang belakang menjadi
bengkok kerana pembesaran rahim. Ligamen yang menegang juga boleh
menyebabkan sakit. Biasanya sakit sebegini tidak merbahaya tetapi ada
baiknya jika dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
Mama:
Bolehkah mengambil supplemen herba dan hemopati selain daripada ubat yang dibekalkan doktor?
Dr. Rafi:
Kementerian
Kesihatan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah ubat herba dan
hemopati boleh membahayakan ibu. Ini kerana ada bukti yang menunjukkan
ada kesan buruk selepas pengambilan ubat herba dan hemopati tertentu.
Mama:
Kebanyakan
makanan perlu diambil secara sederhana. Bagaimana untuk mengetahui sama
ada sesuatu makanan itu sudah lebih daripada mencukupi terutamanya
kopi, minuman berkarbonat dan makanan yang boleh mendatangkan mudarat
kalau diambil berlebihan?
Dr. Rafi:
Setiap
makanan memang perlu diambil secara sederhana. Sesetengah makanan
seperti sayur-sayuran jika diambil berlebihan, tidak akan mendatangkan
masalah. Apa yang menjadi masalah ialah jika ibu menghidap diabetes dan
menambah terlalu banyak karbohidrat dan manisan, ia boleh menjejaskan
kesihatan diri dan bayi. Ada kajian yang membuktikan jika ibu mengambil
kopi lebih daripada sembilan gelas sehari sepanjang sembilan bulan
kehamilan boleh memudaratkan. Namun, jarang sekali ibu mengandung minum
kopi dalam jumlah sebegini banyak setiap hari sepanjang hamil. Jadi,
jika diambil dalam jumlah yang sedikit, tiada apa-apa masalah. Apa yang
penting ialah bersederhana.
Mama:
Benarkah
dengan minum air soya kulit anak cerah dan jika minum air kopi anak
akan berkulit gelap. Apa kaitan pemakanan dengan warna kulit anak?
Dr. Rafi:
Cerah
atau gelap anak itu bergantung kepada bakanya. Tiada ubat atau makanan
yang boleh buat bayi yang dikandung cerah atau gelap.
Mama:
Berapa
banyak kalori yang perlu ditambah sepanjang hamil terutamanya di awal
kehamilan. Apa panduan untuk mengawal pemakanan dan berat badan semasa
mengandung?
Dr. Rafi:
Waktu
mengandung jangan makan untuk “berdua”. Elak daripada menambah terlalu
banyak berat badan. Kenaikan berat badan perlu ikut jumlah yang telah
ditetapkan bagi setiap bulan kehamilan. Jika kenaikan terlalu banyak,
akan ada masalah seperti ibu mungkin menghidap diabetes. Ibu juga
mungkin susah meneran kerana ruang untuk bayi keluar kurang.
Jadi,
ibu perlu mengawal pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan
mengurangkan manis-manisan dan karbohidrat yang menjadi punca kenaikan
berat badan.
Mama:
Benarkah morning sickness hanya berlaku di waktu pagi sahaja. Dan mengapa tidak semua wanita mengalaminya?
Dr. Rafi:
Morning sickness adalah
alahan yang disebabkan oleh hormon ibu mengandung. Jadi, ia tidak
semestinya terjadi pada waktu pagi sahaja. Kebanyakan wanita akan
mengalami alahan ini mulai awal mengandung sehingga maksima minggu ke-10
dan sepatutnya minggu ke-14 sudah tiada lagi masalah ini. Namun, ada
juga yang mengalaminya sehingga hari kelahiran. Memandangkan ia sejenis
alahan, jadi tidak semua wanita mengalami masalah ini.
Mama:
Apa kaitan kalsium dengan kekejangan terutamanya di akhir kehamilan?
Dr. Rafi:
Fungsi
kalsium dalam mengatasi kekejangan tidak dapat dibuktikan 100 % tetapi
kebanyakan ibu yang mengalami kekejangan akan bertambah baik setelah
mengambil suuplemen kalsium yang mencukupi.
Mama:
Betulkah sewaktu mengandung tidak boleh cabut gigi?
Dr. Rafi:
Sebagai
doktor, saya galakkan setiap wanita kerap periksa gigi dan jika ada
apa-apa masalah sebaiknya masalah itu diatasi sebelum mengandung tetapi
jika kebetulan sudah mengandung, ada baiknya cabut gigi berkenaan segera
daripada menunggu sehingga hampir waktu bersalin. Ditegaskan! Tiada
apa-apa masalah jika ibu mengandung mencabut giginya sewaktu hamil.
Mama:
Apakah yang menyebabkan bayi menghidap jaundis selepas kelahiran?
Dr. Rafi:
Penyebab
jaundis tidak dapat dipastikan 100%. Namun, jamu dipercayai dapat
memburukkan lagi jaundis. Bagi ibu yang memiliki anak menghidap jaundis
selepas lahir dinasihatkan agar tidak memberikan susu kambing bagi
menurunkan paras jaundis. Ini kerana susu lembu yang sudah diproses
untuk bayi pun tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi, ini kan pula
susu kambing segar. Bayi mungkin boleh dapat alahan yang teruk dan
ususnya berbelit. Masa kini ramai bayi terkena jaundis berbanding
dahulu. Ini mungkin disebabkan oleh pencemaran alam dan makanan yang
banyak tercemar dengan bahan kimia.
kredit: pama.karangkraft.com
Note: pade mommy-mommy diluar sane....jika mahu tips2 set kehamilan ,set berpantang, milk booster bolehla pm2 fie ye @ email ke norhafira_90@yahoo.com.... =)
Shanklee Natural
and Organic supplement Online
ID : 890405
Wspp/Wechat/SmS : 018 7944479 [fie]
ID : 890405
Wspp/Wechat/SmS : 018 7944479 [fie]
Call : 019 4427459
[ fie]
Email :
norhafira_90@yahoo.com
FB :
fiebeutyskincare
https://www.facebook.com/fiera.vitac?ref=tn_tnmn
No comments:
Post a Comment