Makan GLA Complex Shaklee Period Tak Datang | Mana Pergi Periodku?


Makan GLA Complex Shaklee Period Tak Datang | Apa Itu Healing Crisis?


Fie dah makan sendiri GLA Complex nie... hasillnya alhamdulilla memang best... fie makan gla complex nie untuk stabilkn hormone fie yang tidak tentu hala nie.. yelah kan..mcm org xnormal...sekajap datang sekejap xdatang..rasa mcam bukan perempuan sbb period tak datang..kadang-kadang jeles tgk kawan2 yg normal... fie 3bln sekali datang, 7 bulan sekali dtg, setahun skali pon pernah... dh mcm2 Dr pegi jumpe...

 
Dr just ckp biasa, just bg ubat hormone..bila makan ubat hormone haid keluar, bila xambil ubat xdatang...smpai bila kn nk bergantung dgn ubat?? Kita pon kena tahu side effect masa hadapan kalau asyik bergantung pade ubat sahaja kan... so last2 cuba GLA Complex Shaklee syukur sangat sangat sekarang fie dh normal macam orang lain...

Bila je smpai tarikhnya terus datang..siap boleh kira n boleh tunggu bila date die nk datang...suke sangat..leh prepared mcm orang len..hehehe... ok dh..pnjang plak ceritanya.. nk tahu selanjutnya?? BACA SINILAH..

Ok sekarang nie , ramai yang datang dekat fie tanya kenapa bila ambil Gla Complex period/haid xadatang, xstabil....kadang-kadang datang kadang – kadang lambat atau cepat... Hmm.. Fie bukan dietician, nutrition dan politician. Bukan juga magician untuk beri jawapan konkrit. 

Kawan fie pun ada masalah kesuburan juga, sebab tu dia mula makan GLA complex. Ramai yang kata dan alami sendiri kesan positif... tp ade jugak yg merengek...Setelah baca pelbagai sumber dan buat perbandingan, ini jawapan yang boleh fie terima sendiri begitu juga sis mazni(salah sorang pengamal Gla Complex) . Mungkin ianya tak sesuai untuk anda, Take it with a pinch of salt ye.

Sis Mazni sendiri dah makan GLA Complex ni. Hasilnya alhamdulillah sis mazni hamil 4 bulan. Itu setelah hampir setahun sis Mazni mencuba. Ok sekarang kita cari jawapan kenapa period tak datang selepas ambil Gla complex...jawapan nie fie ambil dari petikan blog sis mazni...sis mazni mengatakan semua itu adalah healing krisis...uolss tahu tak ape itu healing krisis???

Credit to : MAZNI

Kenapa Period Tak Datang Lepas Makan GLA Complex?

“Badan kita ni unik. Allah jadikan sempurna. Cuma kalau hari hari kita makan benda yang tak berkhasiat, banyak pengawet dan sebagainya, banyak masalah yang belum muncul lagi.

Macam bom jangka. Bila bila masa boleh meletup. Boleh jadi badan kita banyak lemak sebab makan fast food banyak sangat sehingga mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.


Maksudnya, keadaan kita semua tak sama. Semua bergantung pada amalan gaya hidup, keturunan dan makanan yang diambil seharian.


Cuma satu yang pasti, badan kita sedang mengalami HEALING CRISIS. Apa dia healing crisis tu? 


Apa Itu Healing Crisis?

Healing crisi ialah tanda tanda pemulihan badan selepas memakan makanan tambahan. Badan kita yang banyak tercemar dengan toksin dari makanan akan menunjukkan tanda tanda seperti
  1. Pening kepala
  2. Rasa nak demam. Atau demam terus
  3. Tak sedap badan dan sebaginya
Dan banyak lagi tanda tanda lain. Jika ini berlaku, jangan berhenti makan supplemen tersebut. Dalam kes ini, kami tak sarankan berhenti mkan GLA Complex tu atau mana-mana suplement.

Adik sis Mazni sendiri rasa nak demam masa mula mula makan GLA ni. Alhamdulillah dia teruskan dan sekarang dah ok.


Sis Mazni sendiri semasa mula mula makan produk shaklee, contohnya vitamin C, masa awal awal dulu setiap kali makan vitamin c mesti selesema dan batuk batuk. Fie sendiri pon alami... Fie terjebak dengan shaklee nie sebab 1 period tidak teratur ,resdung dan kulit berjerawat..mula2 fie makan shaklee period mmg tak datang, jerawat makin banyk naik, xsedap bdan dan macam-macam lagi....even sume tue terjadi fie tetap teruskan sebb fie yakin sume tue adalah sementara kerana supplement dalam proses heal masalah dalam badan kita..


Hairan bukan, sepatutnya vitamin C tingkatkan imuniti badan lawan penyakit, ini tidak badan makin tak sihat.


Kemudian Sis Mazni makan ostematrix shaklee, kepala selalu pening dan rasa loya nak muntah. Sis Mazni teruskan juga makan.


Cuma sebelum tu Sis Mazni makan waktu pagi, sekarang  Sis Mazni tukar ke waktu malam. Alhamdulillah sekarang dah takde semua tu. 


Suami Sis Mazni sendiri makan minyak ikan dalam tube pun sama. Siap demam lagi. Sekarang dah ok, makan omega guard pun tak de kesan pelik pelik lagi.


Jadi bergantung pada badan masing masing, healing crisi pun tak sama. 


GLA Complex ni khasiatnya untuk stabilkan hormon badan. Tiba tiba lepas makan GLA terus period tak datang bulan tu.


Ini saranan Sis Mazni dan saranan fie jugak, kawan kawan boleh ikut atau tidak, terpulang sebab badan kita tanggungjawab kita. 


Kalau boleh teruskan makan sehingga stabil semula period tu. Ia akan makan masa. Mana ada produk makan hari ni terus sembuh semua penyakit. Ajaib, sebab tu kami kata, kami bukan magician untuk jual produk silap mata ni.


Kalau kawan kawan nak tahu, Sis Mazni pun kena masalah yang sama, Sis Mazni makan GLA complex 3minggu je, sampai sekarang dan masuk bulan keempat tak period. Kalau uolss nk tahu Sis Mazni ambil GLA Complex adalah bertujuan untuk dapat baby baru..heheh


Ya,4 bulan. Sebab Alhamdulillah uolss nk tahu kenapa??sebab lepas makan 3 minggu je Sis Mazni disahkan hamil...haa..best kan...berkat kesabaran dan yakin Sis Mazni disahkan hamil...ok jangan lupa plak dah hamil kenala berhenti makan GLA taw.


'Hering's Law of Cure'mengatakan Healing crisis ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. 

Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya."

Jadi kawan kawan, keputusan ditangan anda. Nak teruskan atau berhenti makan. Apa apapun perlu dapatkan nasihat doktor sebelum makan sebarang produk.

Macam kami, keluarga kami dah yakin dengan produk Shaklee ni. Dah beberapa kali kena healing crisis dan kini kami rasa lebih sihat.


Syukur alhamdulillah. Hanya Allah swt tahu semua jawapan. Wallahu'alam


Jika kawan kawan ada sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, hubungi Fie di

018 7944479

Kesilapan Mendidik Anak

 
 
Kesilapan Mendidik Anak
================

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Us Now!