Cara Tentukan Waktu Subur Wanita
Salah satu cara untuk mengetahui waktu kesuburan
seorang wanita ialah melalui pemeriksaan lendiran serviks atau bahasa mudahnya lendiran yang ada di
alat sulit anda. Anda boleh lakukan sendiri pemeriksaan tersebut. Waktu
yang paling sesuai ialah diawal pagi, sebaik sahaja bangun tidur.
Lendiran serviks mudah diperolehi dalam keadaan
mencangkung, jadi sila lakukan langkah-langkah di bawah dalam keadaan
mencangkung. Pastikan tangan anda dalam keadaan bersih sebelum melakukan
langkah-langkah di bawah bagi mengelakkan infection. Seeloknya basuh tangan
anda dengan sabun. Langkah-langkah untuk memeriksa lendiran serviks adalah
seperti berikut:
- Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal. "Sesuatu yang pejal" yang dimaksudkan ialah pangkal rahim (serviks) anda. Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.
- Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.
- Jika terdapat kekeringan di bahagian kemaluan (vulva) dan hanya sedikit lendiran mukus, jangan paksa diri untuk terus melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina.
- Tidak perlu menggunakan bahan pelincir seperti KY Jelly untuk tujuan ini kerana ia akan mengelirukan keputusan. Kekeringan ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan untuk hamil adalah rendah.
- Jika lendiran serviks itu agak kental dan pekat, berwarna putih atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari , ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun semakin lama semakin banyak kuantiti lendir dan lendirannya akan bertambah pekat dan jernih.
- Jadi jika lendiran serviks telah berubah menjadi warna jernih, licin dan mudah direnggangkan, ini bermakna wanita itu mengalami ovulasi. Ramai wanita yang menggambarkan lendiran serviks ini sebagai warna ‘putih telur’.
Ketika
ini, lendiran itu boleh direnggangkan antara jari telunjuk dan ibu jari
sebanyak beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Kuantiti lendiran pada waktu ini biasanya banyak sehingga anda terpaksa menukarkan pantyliner beberapa kali dalam sehari. Inilah masa di mana peluang untuk hamil adalah amat tinggi. Keadaan lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.
- Walau bagaimanapun analisa ini haruslah dilakukan ketika di awal pagi kerana lendiran serviks adalah dalam kuantiti yang banyak berbanding dari waktu-waktu lain.
- Jangan lakukan analisa ini selepas bersama suami. Ini kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk beberapa hari. Maka keputusan mungkin mengelirukan, kerana anda tidak dapat membezakan sama ada ianya lendiran serviks atau lendiran sperma.
- Anda juga tidak akan mendapat keputusan yang baik jika vagina anda mengalami jangkitan kuman atau pun jika anda mengambil ubatan hormon ( kecuali GLA (sila klik), herba, atau mengamalkan pil perancang keluarga kerana kesemuanya akan mengubah kepekatan lendiran cervical mucus itu.
Jika anda
mempunyai masalah untuk mendapatkan lendiran serviks, sila berjumpa
dengan doktor untuk berbincang mengenai cara yang lain bagi menentukan
waktu kesuburan anda. Atau pun anda boleh mengamalkan GLA Complex Shaklee. GLA merupakan
vitamin yang dapat membantu memulihkan hormon kesuburan supaya kitaran
haid anda kembali teratur. Pada kebiasaanya, selepas pengambilan yang
betul selama dua bulan, anda akan mendapati bahawa kitaran haid anda
mula teratur. Apabila kitaran haid anda teratur, anda dapat menganggar
tarikh kesuburan anda & itu bermakna anda mempunyai peluang yang
lebih tinggi untuk hamil.
Berminat untuk mendapatkan GLA Compleks anda? Hubungi fie sekarang
Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia
Email : norhafira_90@yahoo.com
ID :890405
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
No comments:
Post a Comment