Bagaimana untuk merancang jantina anak??
Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana
benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y. Sedangkan telur
atau benih isteri hanya membawa kromosom X.
Jadi jantina anak akan terbentuk bergantung kromosom mana yang bercantum.
X+Y (anak lelaki)
X+X (anak perempuan).
Kenali ciri-ciri kromosom :
Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati
berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Cara merancang anak lelaki
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka,
minuman gas perlu dijauhkan selama 6 bulan sebelum mencuba. Makanan laut
adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan
‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air
bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum
mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh
dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah
air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi
tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk
dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan
jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan
jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Cara Merancang anak perempuan
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam ,
nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan
laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation).
Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh
dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Semua ini hanya usaha. Sesungguhnya Allah yang berkuasa ke atas sesuatu. In sha Allah dengan berkat pertolongan Nya..
No comments:
Post a Comment