USP

apa itu USP?
sape tahu ape itu USP?
Dan ada tak kat sini yang tak tahu ape itu USP?

ok.hari ni fie nak share serba sedikit apa itu USP.


USP = UNIQUE SELLING POINT

usp ni ada banyak jenis. lain product lain USP nya lain seller lain USPnya. semua depends pada seller,product, service masing-masing. 

👇👇👇👇👇👇

Apa yang MEMBEZAKAN anda dengan seller lain. Apa KEISTIMEWAAN anda boleh berikan kepada bakal prospek anda.Apa KELEBIHAN & KEKUATAN product yang awak jual.

Contoh ringkas :

Sis A meniaga dress.
Sis B pun meniaga dress juga.

Dress sis A berharga RM39.90/pcs.Customer yang membeli 3helai keatas akan dapat FREE GIFT & FREE POSTAGED yang berharga RM25.Semua berebut-berebut beli dengan sis A.

Manakala sis B pula harga lebih murah berbanding sis A (RM37.90/helai). Tiada Free gift atau Free postage.Tapi kurang memberangsangkan salenya.

ok faham sesuatu disitu tak saiyang ?

ok. 1 kes lagi fie bagi contoh.tadi mengenai hadiah atau service yang ditawarkan. sekarang mengenai product plak.



Sis C jual VITAMIN C.
Sis D jual VITAMIN C juga.

VITAMIN C sis C berharga RM98/botol.Customer yang membeli vita C dari sis C dapat 1botol 180bji dan dapat FREE POSTAGED. selepas tu KELEBIHAN vita C sis C ada SUSTAIN RELEASE iaitu pelepasan vita C dalam badan adalah berperingkat-peringkat mengikut jam selama 24jam .selain itu, vita C sis C tahan 3~6 bulan.

Manakala sis D pula harga vita C lebih murah berbanding sis C (RM69.90/botol). Tiada Free gift atau Free postage. 1botol ada 30biji tahan 1 bulan, Tiada kelebihan lain. 

walaupun fungsi vita c both sis adalah sama tapi USP product berbeza.


ok.boleh?dapat tak?


saiyang masih belum ada lagi USP tersendiri ?
Pi cari lekaih dan laksanakan terus !
Jangan bertangguh.

Faham ke faham
☺️☺️

Silakan share andai ianya bermanfaat ☺️



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Us Now!