BAGAIMANA NAK TUKAR KWSP KE SIMPANAN KWSP PATUH SYARIAH


Hari ni berpusu-pusu orang di pejabat kwsp ...tak kira melayu ataupun non-muslim...
semua pakat nak pi tukaq ke syariah...

hangpa dh tukar ke belom?
tahu tak bagaimana nak tukar kwsp ke syariah?
meh baca kt bawah ni...

----------------------------------------------------------------------

 

1. Pendaftaran bermula *Isnin 8/8/16 8:15am* kat semua pejabat/cawangan KWSP.
2. Hanya kena bawak *IC*. Lain dokumen tidak diperlukan.
3. Tuan badan kena *hadir sendiri*, pasal ada *akad* dan turun *cap jari*.
4. Proses *pengeluaran* Simpanan Shariah still *sama* macam Simpanan Konvensional dulu.
5. Walaupun sudah daftar mulai 8/8/16, *tarikh kuatkuasa* Simpanan Shariah hanya akan bermula pada *1/1/17* (tahun depan).
6. Hanya *RM100 billion* dana diperuntukkan untuk Simpanan Shariah tahun *2017*. Pasal tu kena cepat daftar. Kalau dah *habis kuota* RM100 billion nie, kena tunggu peruntukkan dana untuk tahun *2018* pulak.
7. *Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015)* dan *Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS)* telah memutuskan _KWSP *tidak diwajibkan* untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah_. 


Maknanya, *100%* duit KWSP yang ada sekarang dalam akaun kita, boleh dipindahkan terus ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, kalau masih ada yang nak buat "penyucian" dividen, boleh ikut *garis panduan penyucian dividen* yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS), insya-Allah pada *WorkWeek 32*.


Untuk maklumat lanjut, boleh gi http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html
Selamat mendaftar...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Us Now!