Penawar Anak Selalu Demam...

 
 
Anak Demam? Jom Cuba Socks Remedies / Penawar menggunakan kaedah stokin.

* Semua penawar yang mahu digunakan perlu lakukan ujian pada kulit anak dahulu. Oleskan sedikit bahan yg mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan kulit atau tidak. Jika tidak boleh teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini dipanggil PATCH TEST..

Asalnya adalah Wet Socks Remedy / Rawatan Stokin Basah Untuk Demam.

Teknik hidroterapi ini boleh dilakukan di rumah dan boleh membantu mengurangkan demam, menurut University of Maryland Medical Center. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stokin basah pada kaki anda. Pakai sepasang lagi stokin dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks).

Semasa tidur, badan anda akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang sistem imun. Stokin selalunya akan kering pada waktu pagi. Ulangi rawatan selama lima hingga enam malam berturut-turut seperti yang diperlukan untuk mengurangkan demam anda.

Walaubagaimanapun, selain kaedah wet socks menggunakan air biasa, terdapat beberapa penawar semulajadi yang juga sangat berkesan dalam merawat penyakit selsema atau batuk dan demam untuk melawan virus dan bakteria, iaitu :

1. GARLIC SOCKS MERAWAT SELSEMA / BATUK / DEMAM
Letakkan bawang putih pada stokin anak.

Cara untuk bayi atau anak kecil :
1. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang-lubang.

2. Ambil sehelai lagi stokin, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk sedikit, tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).

Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
Cara buat minyak : Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada bahan yang tidak semulajadi)

Untuk anak yg lebih dewasa :

Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.

3. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs. Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

*ONION SOCKS menggunakan kaedah atau cara yang sama seperti Garlic Socks.
*Penawar menggunakan bawang putih ini boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit disebabkan virus, bakteria atau fungus manakala bawang merah untuk penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.

Ok setakat ini sahaja untuk tip merawat demam kanak-kanak, insyaAllah esok kita sambung lagi. Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Us Now!