EPISOD 1 : SAYA SEORANG PESAKIT ENDOMETRIOSIS STAGE 2 !





Saya yakin ramai yang tak tahu bahawa saya merupakan seorang pesakit endometriosis stage 2 dan telah selamat menjalani pembedahan Laparoskopi awal bulan jun hari tu.

Saya diagnosis penyakit ini beserta masalah rahim terbalik. Sebab itulah usaha saya untuk hamil anak ketiga gagal. Dah hampir 3 tahun saya TTC tetapi masih belum berjaya

Penyakit ini punca awalnya adalah STRESS dan menyebabkan ketidakstabilan hormon dalam badan. Jika anda rajin membaca, anda akan maklum mostly pesakit endometriosis ini adalah golongan wanita profesional dan mereka ini kuat memikir dan terlalu fokus terhadap kerja. Akhirnya, mereka mengabaikan waktu rehat dan tidur. Emosi tidak stabil dan hormon mula bercelaru. Itulah yang saya alami. Stress semasa zaman bekerja makan gaji dahulu terus menerus bersambung struggle di alam perniagaan. Saya akui, tahun pertama saya berniaga, memang saya tidak cukup rehat dan tidur. Siang dan malam fokus saya 100% untuk memajukan perniagaan dan keluarga sehingga mengabaikan hak diri 😔

Haid saya bermasalah. Dulu normal saja. Tapi dari hari ke hari, haid saya yang asalnya hanya 7 hari menjadi panjang sehingga 13-14 hari dalam sebulan. Dahla panjang, kemudian tak lancar pulak. Tersekat-sekat. Saya kerap muntah, perut berangin, sebu , badan lemah dan lesu sepanjang 14hari haid. Yang paling teruk, saya menghidapi senggugut yang sangat dasyat sehinggakan 3-4 hari tidak boleh bangun. Terbaring je setiap masa.

Akhirnya saya mengalah dan berjumpa dengan 2 orang pakar O&G.. Pakar pertama mengatakan saya menghidapi Adenomyosis dan saya sudah mandul. Allahuakbar. Menitis air mata saya dengar kata-kata doktor tu. tapi saya masih positif dan check dengan pakar hospital lain. Alhamdulillah pakar tersebut mengesahkan saya bukanla sampai tahap adeynomiosis akan tetapi endometriosis stage 2 & rahim terbalik.

Saya masih berpeluang untuk hamil 😭 sebak saya dengar
Pakar tersebut mengesyorkan saya supaya menjalani pembedahan betulkan rahim dan laparoskopi. Saya terpaksa akur kerana saya sayangkan kesihatan dan rahim saya. Lagipun saya nak sangat hamil anak ketiga 😔
(To be continued)

Copy paste from FB pesakit endometriosis, testimoni Vivix untuk endometriosis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Us Now!