Info mengenai URAT SIMPUL

 
 

======================================

MENGAPAKAH URAT SIMPUL BERLAKU PADA KAKI SAYA?
Bayi anda yang sedang membesar, plasenta (uri) dan uterus (rahim) anda menekan salur darah pada bahagian pelvik anda. Ini termasuklah salur darah besar (vena kava inferior) pada bahagian kanan badan anda.

Salur darah utama ini terpaksa bekerja keras. Ia menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah dan kebanyakan organ dalam pelvik dan perut. Tekanan yang diterima oleh vena kava inferior membuatkan lebih sukar bagi darah dari kaki anda untuk pulang ke jantung.

Pada masa yang sama, terdapat lebih banyak darah mengalir di seluruh badan anda ketika ini dan hormon progesteron pula merelakskan dinding salur-salur darah ini.

Kesemua ini membawa maksud salur darah pada kaki anda lebih berkemungkinan untuk membengkak. Urat simpul adalah biasa dalam kehamilan, tetapi ia akan beransur baik selepas anda bersalin.

simptom-simptom urat simpul?

Selain daripada kelihatan sangat tidak menarik, urat simpul boleh mengakibatkan simptom-simptom lain yang tidak menyenangkan, termasuk:

• kegatalan dan rasa tidak selesa pada kulit di mana urat simpul berlaku
• bengkak tapak kaki dan buku lali;
• kejang otot pada waktu malam;
• lenguh kaki dan kaki terasa berat.

Jika simptom-simptom ini agak teruk atau menyebabkan anda berasa sangat tidak selesa, mintalah bantuan daripada doktor anda.

Bolehkah saya mengelakkan urat simpul?


Malangnya, tidak banyak yang anda boleh lakukan untuk mengelak atau menghalang masalah ini daripada berlaku. Tetapi jangan putus asa. Ada beberapa perkara yang anda boleh cuba:

• Baring atau tidur mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava inferior anda. Letakkan bantal di bawah kaki dan satu lagi di belakang anda.
• Jangan duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama. Berjalan-jalanlah sekurang-kurangnya sekali setiap setengah jam. Anda juga boleh membuat beberapa senaman ringkas seperti berjalan untuk melancarkan peredaran darah.
• Jika anda perlu duduk di meja sepanjang hari di tempat kerja, jangan silangkan kaki. Tinggikanlah kaki anda bila-bila boleh. Gunakan bangku kecil atau kotak.
• Pertambahan berat yang terlalu banyak dan terlalu cepat boleh membuatkan anda mudah mengalami urat simpul. Cuba amalkan diet yang sihat dan seimbang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Us Now!