Tips Dapatkan Anak Cerdik

 
 
Amalan Ibu Mengandung oleh Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
=========================================

Amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung:-
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.

Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.

Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat)

Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat

Banyakkan berzikir

Banyakkan membaca Al-Quran

Banyakkan baca buku ilmiah (i.e. kisah-kisah nabi,kisah-kisah para sahabat dll)

Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan

lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.

Tidak terlalu tertekan atau stres.

Menjaga adab dan emosi terhadap suami/isteri

Makan makanan yang baik (i.e. makanan dpd bahan-bahan yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal)

Jauhi daripada sifat dendam dan dengki

Rajin mengukirkan senyuman

Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

Amalan bacaan surah semasa ibu mengandung:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)

Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)

Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)

Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)

Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)

Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)

Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)

Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Us Now!