TIPS MERAWAT & MENGELAK BENGKAK SUSU



~ Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa di samping membantu menyokong payudara anda.

~ Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.

~ Bayi anda perlu menghisap susu dengan kaedah yang betul.

~ Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut buah dadanya perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.

~ Jika kesakitan yang dialami agak kuat, si ibu disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

~ Teknik Menghisap Yang Tepat:

1. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara
2. Jangan biarkan si manja anda menghisap pada bahagian hujung payudara.
3. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
4. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
5. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.

~ Uncang Teh

Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu badan kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.

~ Mengepam Susu Badan

Jika si ibu terlebih dahulu mengepam susu badannya sebelum memberi si manja menghisap secara langsung, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara si ibu.

~ Tuam

Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain atau pad hangat juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Us Now!